Amali Baja Organik
ü Baja organik adalah berbeza mengikut kadar unsur
di dalamnya. Ada baja organik yang kaya dengan unsur N, P atau K.
ü Baja organik N adalah campuran bahan organik (tahi
ayam kering), gula perang (molasses), bahan aktif mikroorganisme efektif (EM)
dan air bersih yang diperam selama antara empat dan lima hari. Selepas itu,
baja boleh disiram pada batas dan tanaman.
ü Baja organik P adalah campuran batang pisang,
kulit buah-buahan dan air kelapa muda yang diperam selama dua minggu.
ü Baja organik K pula boleh dibuat dengan
mencampurkan sabut kelapa dan air dan dibiarkan selama dua minggu.
ü Kulit telur dan sisa tulang juga boleh dijadikan
baja. Kedua-dua bahan tersebut dibakar dan ditumbuk lumat.
ü Serbuk yang terhasil ditambah dengan air dan
direndam selama antara tiga dan empat hari. Siram pada tanaman yang baru mula
berbunga.
Hormon
Pertumbuhan Semulajadi
Ø Terdapat dua jenis baja hormon yang juga boleh
dihasilkan sendiri iaitu fermented fruit juice (FFJ) dan fermented plant juice
(FPJ).
Ø FFJ adalah campuran buah-buahan yang manis (betik,
mangga, nangka, jambu) dan gula perang . Tambah sedikit air dan diperam selama
antara lima dan tujuh hari hari. Cecair yang terhasil kaya dengan unsur P dan
K.
Ø FPJ pula adalah campuran tumbuhan (rumput, sisa
sayuran, sisa pangkasan), gula perang dan sedikit air bersih, dibiarkan selama
lima hingga tujuh hari. Hormon ini kaya dengan unsur N.
FAA (Fish Amino Acid)
Bahan-bahannya :
Ø Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 200ml air)
Ø Isi ikan atau sisa ikan
Ø Botol plastik
Ø Kain penutup
Ø Pengikat
Cara-cara :
Ø Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi
mempercepatkan proses fermentasi
Ø Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1
Ø Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat
serta tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan
peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil
daripada proses penapaian ini
Ø Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan
jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA
Kaedah Penggunaan :
Ø Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau
satu sudu besar ke dalam 5liter air dan disiram kepada tanaman.
FPJ (Fermented Plant Juice)
Bahan-bahannya :
Ø Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 200ml air)
Ø Sisa sayuran berdaun hijau
Ø Botol plastik
Ø Kain penutup
Ø Pengikat
Cara-cara :
Ø Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan
proses fermentasi
Ø Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1
Ø Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat
serta tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan
peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil
daripada proses penapaian ini
Ø Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan
jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FPJ
Kaedah Penggunaan :
Ø Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau
satu sudu besar ke dalam 1liter air dan disiram kepada tanaman.
FFJ (Fermented Fruit Juice)
Bahan-bahannya :
Ø Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 200ml air)
Ø Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang
yang telah hitam.
Ø Botol plastik
Ø Kain penutup
Ø Pengikat
Cara-cara :
Ø Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses
fermentasi
Ø Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1
Ø Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat
serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari,
bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian semasa atau selang
3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan
melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
Ø Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan
jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ
Kaedah Penggunaan :
Ø Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau satu
sudu besar ke dalam 1liter air dan disiram kepada tanaman.
Kulit Telur (CaP)
Bahan-bahannya :
Ø Kulit telur yang telah dibasuh. Dikeringkan dalam
oven selama 5 minit.
Ø Cuka masak
Ø Botol plastik
Ø Kain penutup
Ø Pengikat
Cara-cara :
Ø Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses
fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
Ø Campurkan bersama cuka dengan nisbah 1:5
Ø Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat
serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan
peraman dikacau/ digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan
gas hasil daripada proses penapaian ini.
Ø Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan
jusnya ditapis.
Kaedah Penggunaan :
Ø Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau
satu sudu besar ke dalam 1liter air dan disiram kepada tanaman.
No comments:
Post a Comment