Friday, December 28, 2018

AMALI 5 : PEMBIAKAN BAHAGIAN KHAS


CONTOH GAMBARAN BAHAGIAN KHAS ..



Pembiakan dengan cara ini terbahagi kepada 7 iaitu:

ü  Lidah jin
ü  Kunyit
ü  Bawang
ü  Daun setawar
ü  Halia bara

ü  Lidah mak mertua

1)       Pembiakan mengunakan stolon (Bawang)

Tujuan :


Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga< 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang.

Penyediaan bebawang
ü  Bebawang yang dibeli dari pasar untuk disediakan bagi tanaman tersebut.

Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat

ü  Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang.
ü  Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya.
ü  Mengikut pengalaman saya, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.

2)    Pembiakan Daun Setawar

Tujuan :
Ø  Pokok setawar merupakan tumbuhan renek yang biasa dijumpai ditanam sebagai pokok hiasan.
Ø  Mengikut kajian, daun setawar mengandungi saponin, flavonoid dan tanin.
Ø  Setawar membiak melalui tiga kaedah iaitu anak yang bercambah melalui bahagian tepi daun yang matang, biji benih dan keratan batang.
Pokok setawar sangat lasak dalam keadaan cuaca kering kerana daunnya mengandungi banyak air.         
3)    Pembiakan Lidah Jin


ü  Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun (sesuai dilakukan ketika pemasuan semula), memisahkan anak dari pokok atau kaedah keratan daun

ü  Ia mudah berakar sekiranya menggunakan pasir sebagai media tanaman.
ü  Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawahnya bagi memudahkan proses penyemaian.
ü  Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar dari bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan akan menyebabkan daun menjadi reput.
ü  Ini akan menggagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.
ü  Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada dedahan cahaya terbuka atau hujan lebat.
Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya

4) Pembiakan Kunyit (Cucuma Domestica)


Ø  Pokok kunyit memerlukan kawasan yang mempunyai sinaran matahari melebihi 6 jam dan tanah yang tidak ditakungi air.sekiranya tanam didalam pasu pastikan pasu diletakkan pada kawasan yang terkena cahaya matahari yang cukup. Ia memerlukan cahaya yang penuh untuk pertumbuhan yang baik.
Ø  Halia ditanam dengan menggunakan rizom yang akan mengeluarkan tunas dicelah isinya. Untuk mendapatkan tunas,anda perlu dapatkan rizom ibu kunyit dan balut dengan menggunakan suratkhabar yang lembap dan letakkan dikawasan yang teduh dan lembap.
Ø  Lepas 2-3 minggu, tunas akan mula keluar. Satu rizom tersebut akan mempunyai banyak tunas, jadi patah-patahkan risom menjadi beberapa bahagian untuk ditanam dalam kuantiti banyak.
5)    Pembiakan Halia Bara 


ü  Potong sedikit halia bara dalam 2 cm dan terus celupkan pada hormone pengakaran sebelum memasukkan ke dalam polybag yang telah diisi dengan tanah.
ü  Letakkan tumbuhan tersebut di kawasan yang sesuai dan disiram air mengikut kesesuaian.



No comments:

Post a Comment

AMALI 8 : RACUN ORGANIK

RACUN ORGANIK HOMEMADE .... Tujuan : v   Baja organik  adalah  baja  semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami...