Friday, December 28, 2018

AMALI 6 : TUT


CONTOH TUT ..

Maksud :
ü  Tut adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas  untuk pembiakan

Alatan :
ü  Pisau cantuman
ü  Gunting
ü  Tali
ü  Plastik pembungkus
ü  Hormone pengakaran (saradix)
ü  Tanah campuran
ü  Label

Langkah-langkah :
1)       Pilih dahan yang sihat dan tidak berjangkit
2)      Kelar keliling dahan dan ke bawah menggunakan pisau dengan jarak 3-5cm


       3) Sapukan bahagian yang dikelar dengan hormone pengakaran iaitu saradex



4) Isikan tanah ke dalam polybag dengan air yang sedikit untuk digumpalkan supaya sentiasa dalam keadaan lembap apabila dibalut dengan plastik
5) Tekupkan gumpalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormone


6) Kemudian, bungkuskan gumpalan tadi dengan plastiK

7) Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gumpalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.


8) Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
 9) Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran.
10) Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
11)Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat.
12) Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam.hanya perlu siram sahaja disekeliling.




No comments:

Post a Comment

AMALI 8 : RACUN ORGANIK

RACUN ORGANIK HOMEMADE .... Tujuan : v   Baja organik  adalah  baja  semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami...