CONTOH GAMBARAN BAHAGIAN KHAS ..
Pembiakan dengan cara ini terbahagi kepada 7 iaitu:
ü Lidah jin
ü Kunyit
ü Bawang
ü Daun setawar
ü Halia bara
ü Lidah mak mertua
1)
Pembiakan
mengunakan stolon (Bawang)
Tujuan :
Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan
kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji
benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga< 40% kerana iklim
khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang.
Penyediaan bebawang
ü
Bebawang yang dibeli dari pasar untuk disediakan bagi tanaman tersebut.
Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat
ü
Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah
dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan
fungus pada bebawang.
ü
Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan
percambahannya.
ü
Mengikut pengalaman saya, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan
mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.
2) Pembiakan Daun Setawar
Tujuan :
Ø Pokok
setawar merupakan tumbuhan renek yang biasa dijumpai ditanam sebagai pokok
hiasan.
Ø Mengikut
kajian, daun setawar mengandungi saponin, flavonoid dan tanin.
Ø Setawar
membiak melalui tiga kaedah iaitu anak yang bercambah melalui bahagian tepi
daun yang matang, biji benih dan keratan batang.
Pokok setawar sangat lasak
dalam keadaan cuaca kering kerana daunnya mengandungi banyak air.
3) Pembiakan Lidah Jin
ü Lidah Jin mudah
dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun (sesuai dilakukan ketika
pemasuan semula), memisahkan anak dari pokok atau kaedah keratan daun
ü Ia mudah berakar
sekiranya menggunakan pasir sebagai media tanaman.
ü Daunnya yang
panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawahnya bagi
memudahkan proses penyemaian.
ü Penggunaan pasir
yang boleh mengalirkan air keluar dari bekas semaian disyorkan kerana bekalan
air berlebihan akan menyebabkan daun menjadi reput.
ü Ini akan
menggagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.
ü Anak semaian perlu
ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada dedahan cahaya terbuka
atau hujan lebat.
Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh
sebulan sehingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana
induknya
4) Pembiakan Kunyit (Cucuma Domestica)
Ø Pokok kunyit
memerlukan kawasan yang mempunyai sinaran matahari melebihi 6 jam dan tanah
yang tidak ditakungi air.sekiranya tanam didalam pasu pastikan pasu diletakkan
pada kawasan yang terkena cahaya matahari yang cukup. Ia memerlukan cahaya yang
penuh untuk pertumbuhan yang baik.
Ø Halia ditanam
dengan menggunakan rizom yang akan mengeluarkan tunas dicelah isinya. Untuk
mendapatkan tunas,anda perlu dapatkan rizom ibu kunyit dan balut dengan
menggunakan suratkhabar yang lembap dan letakkan dikawasan yang teduh dan
lembap.
Ø Lepas 2-3 minggu,
tunas akan mula keluar. Satu rizom tersebut akan mempunyai banyak tunas, jadi
patah-patahkan risom menjadi beberapa bahagian untuk ditanam dalam kuantiti
banyak.
5) Pembiakan
Halia Bara
ü Potong sedikit halia bara dalam 2 cm dan terus
celupkan pada hormone pengakaran sebelum memasukkan ke dalam polybag yang telah
diisi dengan tanah.
ü Letakkan tumbuhan tersebut di kawasan yang sesuai
dan disiram air mengikut kesesuaian.