Friday, December 28, 2018

AMALI 8 : RACUN ORGANIK


RACUN ORGANIK HOMEMADE ....

Tujuan :
v  Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrienpenting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.
Bahan-bahan A :
Ø  Lada 6 biji
Ø  Bawang 1 labu
Ø  Air 300 ml
             
Bahan-bahan B :
Ø  1 sudu makan minyak masak
Ø  I sudu kecil sabun pencuci


Alatan :
Ø  Penapis
Ø  Bekas
Ø  Penyembur

Langkah-langkah :
Ø  Campurkan ketiga-tiga bahan A  tersebut dan diblender kemudian diletakkan dalam satu bekas.



Ø  Biarkan salama 24 jam ataupun semalaman untuk dapatkan mendakan yang pekat sebelum ditapis.
Ø  Pada keesokan harinya, tapis bahan-bahan A menggunakan penapis


Ø  Seterusnya adalah mengambil air tapisan yang telah ditapis dan buang hampas tersebut.
Ø  Masukkan kedua-dua bahan B iaitu 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu kecil sabun pencuci



Ø  Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan A dan B ke dalam penyembur dan goncang-goncang.

 

Ø  Lebihan mendakan boleh diasingkan untuk menyimpan atau dibancuh ke dalam bekas yang lain.
Akhir sekali, semburkan baja organik tersebut pada pokok yang memerlukan di rumah




SEKIAN, TERIMA KASIH .. 

GOOD LUCK FINAL EXAM AND PASS WITH FLYING COLOURS
 SPPH 1-2018/2019




AMALI 7 : CANTUMAN


HASIL CANTUMAN ..

Maksud dan tujuan :
ü  Cantuman adalah satu proses di mana pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan anak benih penanti.

Bahan-bahan/ peralatan :
ü  Pisau cantuman yang tajam dan bersih
ü  Pita cantuman (30cm x 1cm)
ü  Kain (pengesat kotoran)
ü  Pokok penanti
ü   Kayu mata tunas.

Prosedur cantuman tampal:
i.                    Buat kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
ii.                  Buang kulit kelaran empat segi bujur  yang dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.



   Lilit cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena
lilitan tersebut





AMALI 6 : TUT


CONTOH TUT ..

Maksud :
ü  Tut adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas  untuk pembiakan

Alatan :
ü  Pisau cantuman
ü  Gunting
ü  Tali
ü  Plastik pembungkus
ü  Hormone pengakaran (saradix)
ü  Tanah campuran
ü  Label

Langkah-langkah :
1)       Pilih dahan yang sihat dan tidak berjangkit
2)      Kelar keliling dahan dan ke bawah menggunakan pisau dengan jarak 3-5cm


       3) Sapukan bahagian yang dikelar dengan hormone pengakaran iaitu saradex



4) Isikan tanah ke dalam polybag dengan air yang sedikit untuk digumpalkan supaya sentiasa dalam keadaan lembap apabila dibalut dengan plastik
5) Tekupkan gumpalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormone


6) Kemudian, bungkuskan gumpalan tadi dengan plastiK

7) Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gumpalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.


8) Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
 9) Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran.
10) Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
11)Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat.
12) Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam.hanya perlu siram sahaja disekeliling.




AMALI 5 : PEMBIAKAN BAHAGIAN KHAS


CONTOH GAMBARAN BAHAGIAN KHAS ..



Pembiakan dengan cara ini terbahagi kepada 7 iaitu:

ü  Lidah jin
ü  Kunyit
ü  Bawang
ü  Daun setawar
ü  Halia bara

ü  Lidah mak mertua

1)       Pembiakan mengunakan stolon (Bawang)

Tujuan :


Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga< 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang.

Penyediaan bebawang
ü  Bebawang yang dibeli dari pasar untuk disediakan bagi tanaman tersebut.

Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat

ü  Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang.
ü  Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya.
ü  Mengikut pengalaman saya, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.

2)    Pembiakan Daun Setawar

Tujuan :
Ø  Pokok setawar merupakan tumbuhan renek yang biasa dijumpai ditanam sebagai pokok hiasan.
Ø  Mengikut kajian, daun setawar mengandungi saponin, flavonoid dan tanin.
Ø  Setawar membiak melalui tiga kaedah iaitu anak yang bercambah melalui bahagian tepi daun yang matang, biji benih dan keratan batang.
Pokok setawar sangat lasak dalam keadaan cuaca kering kerana daunnya mengandungi banyak air.         
3)    Pembiakan Lidah Jin


ü  Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun (sesuai dilakukan ketika pemasuan semula), memisahkan anak dari pokok atau kaedah keratan daun

ü  Ia mudah berakar sekiranya menggunakan pasir sebagai media tanaman.
ü  Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawahnya bagi memudahkan proses penyemaian.
ü  Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar dari bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan akan menyebabkan daun menjadi reput.
ü  Ini akan menggagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.
ü  Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada dedahan cahaya terbuka atau hujan lebat.
Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya

4) Pembiakan Kunyit (Cucuma Domestica)


Ø  Pokok kunyit memerlukan kawasan yang mempunyai sinaran matahari melebihi 6 jam dan tanah yang tidak ditakungi air.sekiranya tanam didalam pasu pastikan pasu diletakkan pada kawasan yang terkena cahaya matahari yang cukup. Ia memerlukan cahaya yang penuh untuk pertumbuhan yang baik.
Ø  Halia ditanam dengan menggunakan rizom yang akan mengeluarkan tunas dicelah isinya. Untuk mendapatkan tunas,anda perlu dapatkan rizom ibu kunyit dan balut dengan menggunakan suratkhabar yang lembap dan letakkan dikawasan yang teduh dan lembap.
Ø  Lepas 2-3 minggu, tunas akan mula keluar. Satu rizom tersebut akan mempunyai banyak tunas, jadi patah-patahkan risom menjadi beberapa bahagian untuk ditanam dalam kuantiti banyak.
5)    Pembiakan Halia Bara 


ü  Potong sedikit halia bara dalam 2 cm dan terus celupkan pada hormone pengakaran sebelum memasukkan ke dalam polybag yang telah diisi dengan tanah.
ü  Letakkan tumbuhan tersebut di kawasan yang sesuai dan disiram air mengikut kesesuaian.



AMALI 3 : BIJI BENIH


Keperluan Percambahan


1.        Pada bekas pertama saya dapati kacang hijau telah tumbuh dengan baik tetapi tidaklah begitu subur. Ini kerana saya rasa mungkin kerana kekurangan cahaya matahari akibat cuaca mendung dan hujan yang dialami sepanjang minggu. Namun saya rasa eksperimen saya ini tetap berjaya kerana kacang hijau tadi telah berubah bentuk dari biji berwarna hijau ke taugeh yang berwarna putih.
2.      Dalam bekas kedua pula, saya dapati kacang hijau tadi tetap terapung-apung didalm air tanpa sebarang perubahan dan air itu juga mempunyai bau yang agak busuk.
3.      Manakala dalam bekas ketiga saya dapati biji kacang hijau telah mengecut dan bertukar ke warna hitam.
4.      Setelah melalui proses eksperimen ini, saya dapati bahawa secara kesimpulannya tumbuhan memerlukan cahaya, air dan cahaya untuk hidup dan membesar. Tanpa ketiga-tiga sumber tersebut, tumbuhan tidak dapat hidup serta membesar. Tumbuhan boleh tumbuh tetapi tumbuh secara tidak sempurna dan akhirnya mati atau layu.





Radas A1 dan A2



Radas B1 dan B2



Radas C1 dan C2


Radas D1 dan D2





 Soalan :

1-      Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
-Membolehkan air menembusi embrio membiak di dalamnya

2-    Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah

ü  Air
ü  Suhu
ü  Udara

3-    Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini.

-Air, suhu dan udara diperlukan untuk percambahan biji benih

4-    Kirakan peratus percambahan biji benih dalambekas C2.

-Biji benih yang bercambah       x 100%
Jumlah biji benih yang disemai

=10 x 100%  = 100
10


AMALI 4 : KERATAN BATANG


KERATAN BATANG ...


Pembiakan secara keratan batang (aseksual)
Bahan dan Peralatan :
Ø  Sudip tangan
Ø  Medium semaian (tanah loam, pasir sungai dan bahan organic)
Ø  Polybag sederhana 10 keping
Ø  Gunting
Ø  Hormon tumbuhan
Ø  Sarung tangan

Penyediaan Medium Semaian :





Langkah-langkah penyediaan keratan batang:


  1. Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
  2. Kerat dengan menggunakan sketuar
  3. Buang daun-daun yang tidak diperlukan
  4. Kerat batang kepada beberapa bahagian
  5. Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
  6. Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
  7. Siram dan letakkan ditempat yang teduh


Cara menjaga keratan batang di tapak semaian :

Ø  Keratan batang yang dipilih
-        Mengekalkan kelembapan medium dengan cara menutupnya dengan selapis plastic lutsinar
-        Masa untuk keratin ini berakar bergantung pada kelembapan medium
-        Melakukan kerja merumput supaya dapat tumbuh dengan baik
-        Memberi teduhan yang sesuai
-        Jangan menggerakan kotak semaian supaya akar tidak rosak
-        Mengubah keratin ke pasu setelah keratin berakar atau bertunas baru
Ø  Sebelum mengubah, keratin batang yang berakar perlu diberi pengerasan
Ø  Ini kerana dengan cara mengurangkan siraman dan mendedahkan tanaman secara beransur-ansur kepada cahaya
Ø  Bertujuan mengurangkan renjatan anak benih semasa diubah

                             

AMALI 8 : RACUN ORGANIK

RACUN ORGANIK HOMEMADE .... Tujuan : v   Baja organik  adalah  baja  semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami...